Rabu, 18 Ogos 2010

Produk lain

AQUARIUM KACA.

Kami juga menjual aquarium untuk ikan hiasan. Terdapat juga tempahan mengikut saiz yang dikehendaki palangan. Ia amat sesuai untuk hiasan kediaman, bilik, pejabat. Ia juga bole dijadikan pemberian hadiah atau koleksi peribadi. Untuk anda yang suka membela haiwan peribadi ia amat sesuai sekali.


saiz 15cmx15cmx15cm

SERUNDING.

Kami juga memproses ikan keli untuk dijadikan serunding. Rasanya sedap dan boleh dipelbagaikan cara makanannya. Ia boleh dijadikan inti popiah goreng atau karipap. Terdapat juga permintaan untuk majlis perkahwinan dan Hari Raya. Ia sedap dimakan dengan nasi impet atau dengan nasi panas. Ada juga diantara pelangan kami menyatakan ia sedap juga jika diratah begitu saja. Bagi anda yang belum pernah atau ingin mencuba kunjungi atau hubungi kami.

Selasa, 17 Ogos 2010

Ternakan kami

Ikan keli yang yang diternak diberi makan 100% pellet. Tiada unsur bahan makanan lain yang meragukan termasuk usus ayam. Bagi pelangan kami yang meminati ikan keli, rata-rata memberiri komen yang positif mengenainya. Walaupun harga yang dijual agak mahal sekitar RM6 bagi harga runcit dan RN4.5 bagi harga borong,namun ia setimpal dengan kualiti dan kebersihan ikan.







Selain daripada ternakan ikan keli terdapat juga ternakan spesis ikan hiasan. Diantaranyanya ikan laga, Molly, Gupi. Dan diantara hidupan air seperti Ikan longkang, Moina, Cacing darah.

ikan molly
moina (kutu air )

ikan laga





Sabtu, 14 Ogos 2010

Kolam kanvas

Bagi menjamin kualiti fizikal ikan, kami mengunakan kolam jenis kanvas yang bersaiz 4'x10'x4'. Kolam ini dapat mengelakkan badan ikan daripada terluka. Disebabkan ikan keli lebih agrasif jadi kolam ini dapat mengelakkan ia dari tercedera. Ini dapat menjaga kualiti fizikal ikan-ikan tersebut.






Jumaat, 13 Ogos 2010

Lokasi Kami

Ini ada lokasi kami


Ocean Nine Resources telah ditubuhkan pada tahun 2007 dan telah didaftarkan di SSM. Aktiviti utama adalah dalam bidang penternakan dan pertanian. Kami lebih menumpukan kepada penternakan ikan air tawar seperti ikan keli dan puyu. Kami juga telah mempelbagaikan ternakan ikan lain seperti ikan hiasan dan hidupan air yang lain.
Diantara ikan hiasan seperti gupy,molly&platy(black n orange), Beta (ikan laga). Hidupan air pula seperti moina (kutu air) , Ikan longkang , cacing darah. Hidupan air ini untuk dijadikan makanan ikan hiasan.


Kami juga telah memproses ikan keli untuk dijadikan produk makanan seperti Serunding dan Pekasam. Produk makanan ini tidak mempunyai bahan yang meragukan malah lebih berkualiti dari segi bahannya ini kerana ikan-ikan yang kami ternak diberi makan 100% pallet iaitu makanan ikan yang siap proses dan lebih halal. Tiada makanan sampingan seperti perut atau usus haiwan.


Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan produk kami atau berminat dan ingin berurusan dengan kami, datanglah dan melawat premis kami.



No 3B , Lorong Penghulu ,
Off Jln Johan Setia ,
41200 Klang , Selangor.
019-3083755